December 17, 2012

Airmata Hari Lahir.


Hari lahir adalah hari yang sepatutnya hari gembira
tapi tidak pada aku
Hari lahirku, mak menjalani pembedahan di hospital
Adakah aku patut rasa gembira?
Tidak ! sama sekali tidak !

Jasad mak sangat lemah
Abah memainkan peranan sebagai suami dan ayah
Tanggungjawab yang besar
Abah sangat tabah
Mak sangat sabar

Air muka mereka
menyembunyikan segala yang tersirat
Tapi,
Allah anugerahkan sifat anakmu yang sangat memahami
isi hatimu
kegelisahan, kepenatan, kerisauan
tentang segala benda

Ya Allah,
jasad hina ini memohon
Kau ampunilah segala dosa kedua hambaMu ini
mereka insan yang aku sayang
Tabahkanlah hati mereka
Berilah kekuatan kepada mereka
untuk terus kuat menerima ujian kecilMu ini
meskipun terasa sangat berat
moga mereka terus istiqamah dalam ibadah
demi menuju syurgaMu yang indah

gugur airmata
lemah jasad si anak


Mierul
0210 A.M.
171212
Johor, Malaysia



November 26, 2012

Hari Gembira.

"Mak masak apa hari ini?" tanya aku kepada emak yang sedang mengopek bawang di ruang tamu. Mak diam sahaja sambil tangan terus mengopek bawang. Situasi menjadi suram sepi. Hanya kedengaran bunyi deruan angin kipas.  

Aku tolehkan pandanganku melihat wajah emak. Hatiku sayu terlihat air mata gugur mengalir ke pipi mak. Mak bersuara "semalam hari Anniversary mak dengan abah. Dah lama rasanya tak sambut. Dari dulu sampai sekarang, family kita macam tu jugak, tak berubah..". 

Sentap! Mataku berkaca. Kata - kata mak amat mendalam. Terasa tanggungjawabku sebagai anak sulungnya masih banyak yang belum terlaksana. Berat. Sangat berat. 

Mak terus meluah. Aku hanya diam mendengar luahan hati mak. Sayu. Namun ego seorang anak lelaki sulung, aku menahan sebak dan terus tekad. Selagi nyawa dikandung badan, selagi tenaga masih kuat, selagi malaikat belum memanggil, akan aku pertaruhkan duniaku demi dua insan yang aku sayang. Mak dan Abah. 

Niatku cuma satu yang aku pinta. Hadirkanlah hari gembira buat kedua ibu bapaku atas titik peluh usahaku sendiri. Mohon Kau kabulkan doaku. 

Ya, Hari Gembira. 

      

September 27, 2012

Beban.


Telah tergalas dua bebanan
antara dia dan mereka
Dan aku pilih pengorbanan
Sebagai tujuan hidupku
Antara keluarga dan cinta
Aku pilih mereka
Aku redha qadha dan qadarNya
Andai Tuhan takdirkan kita bersama
Kita akan jumpa
Tapi entah bila
itu rancanganNya
Maafkan aku


Mierul
0022 A.M.
270912
Johor, Malaysia