November 26, 2012

Hari Gembira.

"Mak masak apa hari ini?" tanya aku kepada emak yang sedang mengopek bawang di ruang tamu. Mak diam sahaja sambil tangan terus mengopek bawang. Situasi menjadi suram sepi. Hanya kedengaran bunyi deruan angin kipas.  

Aku tolehkan pandanganku melihat wajah emak. Hatiku sayu terlihat air mata gugur mengalir ke pipi mak. Mak bersuara "semalam hari Anniversary mak dengan abah. Dah lama rasanya tak sambut. Dari dulu sampai sekarang, family kita macam tu jugak, tak berubah..". 

Sentap! Mataku berkaca. Kata - kata mak amat mendalam. Terasa tanggungjawabku sebagai anak sulungnya masih banyak yang belum terlaksana. Berat. Sangat berat. 

Mak terus meluah. Aku hanya diam mendengar luahan hati mak. Sayu. Namun ego seorang anak lelaki sulung, aku menahan sebak dan terus tekad. Selagi nyawa dikandung badan, selagi tenaga masih kuat, selagi malaikat belum memanggil, akan aku pertaruhkan duniaku demi dua insan yang aku sayang. Mak dan Abah. 

Niatku cuma satu yang aku pinta. Hadirkanlah hari gembira buat kedua ibu bapaku atas titik peluh usahaku sendiri. Mohon Kau kabulkan doaku. 

Ya, Hari Gembira. 

      

No comments: