January 01, 2012

Tahun Baru 2012.

Assalamualaikum.

Pertama sekali ingin ku lafazkan Alhamdulillah sebagai tanda rasa syukur pada Allah kerana kita masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi milikNya ini juga sebagai tanda syukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu Tahun Baru 2012 untuk memperbanyakkan amalan kita untuk dijadikan sebagai bekalan apabila tiba di alam baru kelak.

Tidak banyak yang ingin aku sampaikan disini. Cuma hanya sekadar sedikit perkongsian mengenai sambutan tahun baru masihi. Persoalan yang sering ditanyakan apabila tiba tahun baru.  

Soalan 
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan 
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-
Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah "Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan".(Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.
Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.


Kesimpulan secara ringkas yang ingin aku kongsikan disini. Hukum menyambut tahun baru adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
1) Tiada percampuran rambang antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
2) Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. 
3) Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'.

Melihat dunia kita hari ini, ingin sekali lagi aku lafazkan rasa syukur padaNya. Tanda-tanda kebangkitan Islam itu makin melonjak naik terutamanya di Malaysia. Ramai remaja, anak-anak muda semakin sedar dan mula berubah. 

Buktinya : 
Sekitar Lembah Kelang sahaja ada 6 program yang cukup menarik dan meriah.

a] Konsert Hibur Didik (di Dataran Greenwood, depan Shell, Gombak)
Majlis ini bermula malam ini [31 Disember]
Menariknya program ini turut disertai EXCO DPP Malaysia membuat persembahan bersama bekas kumpulan - kumpulan rock yang mula mendekati dakwah Islam.

(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150434675321123&set=a.139739791122.124204.670736122&type=1&ref=nf)

b] XPDC Dakwah oleh GAMIS, (di Masjid Jamek Bandaraya KL)
- Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
- best sebab ada bedah buku dan boleh belajar tentang dakwah secara praktikal di Dataran Merdeka.

(https://www.facebook.com/events/236589383076588/)

c] Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati (Masjid Negara / Dewan Jawi)
- Mula tengahari 31 Disember hingga tengahari 1 Jan 2012.
- Best sebab ada Shoutul Harakah dan larian 1000 pemuda.

(https://www.facebook.com/events/208410885904653/)

d] Soal Jawab Agama USTAZ AZHAR IDRUS (Dataran Kemerdekaan Shah Alam)
- Mula malam ini [31 Disember]
- Best sebab ada Ust Azhar Idrus berganding dengan Zizan Raja Lawak.

(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150423649556612&set=a.466868491611.253845.247020686611&type=1&ref=nf)

e] Malam Apresiasi Ikim.Fm, (di Masjid Wilayah Persekutuan KL)
- Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
- Best sebab ada Prof Muhaya dan ramai artis nasyid yg hadir.

(http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=171%3Amalam-apresiasi-ikimfm-2011&catid=61%3Aberita-terkini)

f] Program Indahnya Islam, (di Masjid As-Syakirin KLCC)
- Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
- Best sebab ada byk bedah buku menarik terutama buku Abdul Latip dan forum oleh Fatimah Syarha.

(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2683729527154&set=a.1223249936077.2034960.1073841570&type=1&theater)

Akhir kata, mulanya Tahun Baru ini harap kita semua mulakan perubahan diri. Biar sedikit asalkan ia berterusan. 

Sekian.

Terima kasih sudi membaca :D 


No comments: