January 11, 2012

Nasib Si Faqir Miskin.

Peristiwa semalam
mengimbas kembali
dalam ingatan
hinanya mereka yang miskin
di pandangan manusia

Mereka Dihina 
Mereka Dikeji
Mereka Dihalau
Mereka Dicaci

Mereka
hanya meminta sedikit suapan
untuk mengalas perut
bukan mengugut harta kekayaan
untuk dikaut

Mengalir air mata seorang faqir
mengenangkan nasib diri hari ini
tiada sesuap nasi untuk dialasi
tetapi mereka tetap cekalkan hati
demi meneruskan kehidupan ini
sebagai hamba Tuhan yang Abadi

Aku rasa sedih
akan perihal manusiawi
di akhir zaman ini
yang sudah hilang sifat simpati

Teman
Insafilah diri
Kembalilah pada sifat insani
Kasihanilah golongan faqir ini
Ingatlah bahawa kita juga mereka hanya hamba abdi
yang akan mati
suatu hari nanti




Mierul
1310 P.M.
11012012
Johor,
Malaysia.

9 comments:

fadh leyanie said...

manusia tidak seharusnya selalu mendongak ke langit sebaliknya mereka harus menunduk ke bumi.Masih ada rezeki yg wajar diberikan kepada si fakir.

Mierul Zul said...

yup. bak kata orang-orang dulu. ikutlah resmi padi. makin berisi makin tunduk. makin melimpah rezeki yg Allah beri, sepatutnya semakin bersyukur. tapi manusia akhir zaman semuanya terbalik..Nauzubillah..

thanks fadh sudi komen. :)

cikDot said...

karya awak ke?
nice.
manusia skrg mmg rmai yag lupa diri.. lebih pentingkan dunia dari akhirat yg kekal.. nauzubillah. mintak dijuahkan..

HeNRieTTa JoSe said...

Btl Tu....sedey tengok golongan kurang bernasib baek begitu....Macam Mana Pula Jika Kita Yang Berada Di Tempat Mereka....

Mierul Zul said...

cikDot : terima kasih. a'ah karya saya. :) tu lah, rasa nak menangis tgk miskin ni. even sy juga bkn dr family yg senang.


henrietta : yup. kalau kita diuji spt mereka tak tau lah kita setabah mereka atau tak.


Ya Allah! lindungi mereka yg miskin. Amin..

محمد رازيق said...

karya indah. salam kenal. manusia itu sifatnya mudah lupa, saling mengingati dan membantu. jemput singgah blog, BURUNG BIRU SI PEMALU

Mierul Zul said...

raziq : terima kasih kawan. salam kenal :)

Aliah Athirah said...

Karya yang mengajak semua untuk fikir. Well done. Teruskan kongsi mirul :)

Mierul Zul said...

yup. kita sering lupa apabila kita senang. bila sendiri rasa susah baru mula fikir keadaan orang lain.