December 03, 2011

5 Hari Yang Sangat Memenatkan.

Assalamualaikum,

Agak lama tak update blog aku yang baru je nak 'takteh-takteh' ni. muahaha. xD

Berbalik pada topik di atas, baru-baru ini, pada tanggal 26 dan 27 Nov yang lepas, aku menjalani satu kursus 'matematik pantas'. huhu. Kursus ini sangat-sangat buat aku teruja lantas dengan semangat baru aku dapat menamatkan belajar matematik pantas selama dua hari dengan jayanya. Alhamdulillah ^_^

28 Nov iaitu pada esok harinya pula, aku pergi ke Kluang mengikut satu program motivasi bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Anjuran Persatuan Ibu Tunggal Malaysia. hehe

Huh! tempat program motivasi tu memang best! Series beb! . Kalau korang pernah dengar tempat ini UK Farm Resort. huhu. Actually, tempat ini merupakan tempat kawasan tanah lapang yang dijadikan sebagai ladang untung tanam-tanaman juga sebagai tempat ternakan seperti kambing dan burung ostrich. 

Banyak tanaman yang ditanam disitu antara tanaman yang ada epal, cendawan, cili, longan, dan macam-macam lagi lahh. (malas nak senarai banyak2)

Selain dijadikan tempat ternakan dan ladang buah-buahan juga sayur-sayuran, tempat ini juga dijadikan tempat pelancongan. Terdapat chalet dan dorm kat situ if korang nak lepak satu dua malam. Memang best! Malam sejuk je. Menggil seluruh tubuh beb. hoho.

So, kalau korang nak cari tempat yang tenang untuk hilangkan stress daripada hidup di bandar yang tiap-tiap hari menghadapi aura bising or korang rasa nak bersendirian sehari dua. Aku suggest tempat ni sebagai salah satu tempat yang terbaaaaeeekkk untuk mencari ketenangan. Selama korang lepak kat situ, korang akan jumpa tumbuh-tumbuhan segar, binatang-binatang ternakan dan yang paling best wa cakap lu, korang akan jumpa persekitaran yang hijau, kawasan pemandangan yang sangat indah. Subhanallah. Sangat sesuai buat korang yang minat photography

Dan berakhirlah pengalaman aku selama 2 hari kursus dan 3 hari menjalani program motivasi sebagai fasilitator menjaga budak-budak nakal. hehe

Thanks sudi membaca! ^_^ 

No comments: